Showing posts with label pencicah. Show all posts
Showing posts with label pencicah. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

Kuah Rojak--kaw punyer

Rojak

Rojak Buah - Persatuan Wanita Desa Mahkota

Bahan-bahan ( dpt 15 bekas dadih )

  • Buah-buahan: Mangga, kedondong, jambu, nenas dll
  • Bahan kuah:
  • 2 botol sos cli (Aminah Hassan)
  • 1 botol kicap manis
  • 1 kilo gula
  • 1/2 buku gula kabung /gula melaka
  • 1 genggam cili api
  • sedikit belacan -dibakar
  • Untuk taburan: Kacang digoreng - dikisar kasar

Cara-cara

  1. Campurkan ke semua bahan kuah.
  2. Nyalakan api sederhana dan sentiasa kacau bahan tersebut (Jangan sampai hangit). Kacau sehingga pekat
  3. BIla dah pekat. Sejukkan. Dan boleh hidangkan bersama-sama buah-buahan yang telah dipotong kecil dan taburkan kacang .

Kuah Rojak


31-05-07_1308

Resepi time pi mengajar kat ibu-ibu di kemas penang...

Bahan-bahan ( Sebotol )

  • Segenggam cili api
  • 1 kg gula perang
  • 1 botol sos cili
  • 1 botol kicap pekat masin
  • 1/2 botol cuka
  • Belacan sebesar 2 ibu jari
  • 1 gelas air
  • Kacang tumbuk dan bijan goreng secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar cili api, kicap, belacan dan cuka hingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk.Tambah sos cili, gula perang dan air.Masak atas api sederhana.Sentiasa kacau hingga pekat.
  3. Bila sudah pekat padamkan api.Boleh lah di masukkan kacang tumbuk dan bijan goreng utk menyedapkan rasa.

Kuah young tau fu special


Pa290005

Bahan-bahan ( sekeluarga (5,6 org) )

  • 10 tangkai cili kering (yg kerinting tau kalau yg lurus berkilat tu pedas sgt)
  • gula kabung 3 keping (ketuk bg hancur skit supaya senang larut)
  • 5cm belacan bakar
  • 800ml air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 100ml air)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar otak udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam, gula, ajinomoto secukup rasa
  • kacang tanah yg digoreng dan dikisar kasar untuk hiasan

Cara-cara

  1. goreng cili dgn minyak hingga garing
  2. kisar belacan dan cili goreng tadi dengan separuh air sejuk
  3. renih gula kabung dgn baki lagi separuh air tadi hingga gula larut dan masukkan cili kisar biar mendidih
  4. masukkan kicap, sos cili dan otak udang biar mendidih sebentar kemudian masukkan gula,garam dan ajinomoto mengikut rasa anda
  5. setelah puas hati dengan garam gulanya bolehlah masukkan bancuhan tepung tadi untuk memekatkan kuah dan kacau
  6. siap untuk dimakan dan taburkan kacang tanah sewaktu menghidang

Sos lada hitam


Sosladahitam

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..

Kuah yong tau fu


P1000904

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. P1000911
    masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.